maera ' s blog banner

create your own banner at www.mieraamyrakzz.blospot.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Friday, May 10, 2013

Ilmu & Kehidupan

Ilmu itu bagaikan haiwan liar & tali pengikatnya adalah cacatan.
Hanya sedih bercampur sakit hati, kerana di Negara ini sikap berperikemanusiaan sudah tidak begitu beerti. Nyawa manusia sangat penting untuk menjaganya tetapi individu-individu dan badan-badan tertentu untuk sesebuah organisasi tidak mementingkan langsung nyawa manusia lain kerana apa? kerana kertas-kertas(wang ringit), emas, perak, iaitu harta, pangkat di mata manusia. Semua ini tidak bernilai sama sekali di mata pencipta segala hidupan di Bumi ini iaitu Allah SWT.

Di manakah harus manusia seperti aku cari sebuah keadilan, kerana system pengadilan yang wujud sudah tidak dapat mewakili erti keadilan itu sendiri. Para pegawai membina tembok-tembok besar agar kehidupan orang-orang(manusia) seperti mereka tidak terusik. Mereka hanya akan menjengahkan kepala mereka ketika mereka ingin meyakinkan dan menunjukkan kekuasaan mereka. Mereka ini hanya tergolong dalam golongan manusia yang bodoh sombong, dan bongkak dengan harta dan pangkat semasa mereka di dunia. Padahal Allah SWT adalah Pencipta yang agung,yang telah memberi mereka nikmat ketika keberadaan golongan ini memerintah di sesebuah Negara. Allah Maha Adil dah Bijaksana. Dia lah yang akan menghakimi kita semua ketika Mahkamah Pengadilannya dilaksanakan kelak.... Masya Allah...

Ini menunjukkan bahawa keberadaan kita, iaitu manusia di muka bumi ini hanya sementara, kita telah hampir ke penghujung dunia. Iaitu hari Pembalasan atau Hari Akhirat..

Tanpa sedar, tembok-tembok yang di bina oleh pegawai-pegawai itu, menjadikan hidup mereka terasing. Mereka tidak lagi mendengar suara-suara keluhan, rintihan, & tangisan yang setiap saat terdengar.  "Kekacauan yang terjadi di dunia ini penyebabnya hanya satu: tidak melaksanakan hokum yang diturunkan oleh si Pemilik Dunia !"

Saya tidak mengatakan hokum yang digunakan oleh manusia sekarang ini lemah, tetapi saya mengatakan hokum yang kita gunakan sekarang ini salah & terpesong !"


Sekian saja entry kali ini...  Ukhuwah Fillah Abadan abada... Assalamualaikum buat teman-teman semuanya :)

No comments:

Post a Comment