ii- Wanita Bukan Islam
Agama Islam adalah agama yang menghormati hak-hak orang-prang bukan Islam.Oleh kerana itu, wanita bukan Islam mempunyai haknya yang tersendiri yang perlu dihormati dan hak itu mempunyai perbezaan dengan hak perempuan Islam.Antara perbezaan itu ialah:
a)Mereka tidak wajib menutup aurat.Ayat yang memerintahkan kewajipan menutup aurat hanya diperuntukkan untuk perempuan Islam sahaja.
b)Perkahwinan selain isteri pertama tidak diiktiraf, kerana poligami hanya disyariatkan dan terpakai ke atas orang-orang Islam sahaja.
c)Tidak ada kaedah pembahagian harta pusaka yang jelas bagi perempuan bukan Islam.
d)Wujud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak sebagaimana lelaki dan perempuan Islam.
Kesimpulannya
-Islam menjamin keadilan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira agama, jantina dan bangsa.Hal ini selaras dengan tujuan penciptaan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, bersuku-suku dan berbangsa, adalah untuk mengenal antara satu sama lain.Selain itu,Islam amat memandang tinggi dan menjaga hak kemanusiaan setiap insan, sekalipun mereka dari golongan bukan Islam ataupun minoriti.Di sini letaknya nilai ketamadunan, kemajuan dan keharmonian yang diterapkan Islam di kalangan manusia sejagat..Sekalipun berbeza agama, bangsa, keturunan dan bahasa, setiap manusia diperuntukkan hak-hak perlindungan untuk sama-sama hidup di dunia dengan aman dan harmoni.
Rujukan:buku Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita oleh Prof Madya.DR.Jawiah Dakir.

good info..
ReplyDeletebagusnya dik buat n3 cam ni
hihi...sje nk berkongsi...terbce psl ni...sbb tu lahh...thanx cuz singgah blog sy ni... :)
ReplyDelete